Artikel

Buku Gangguan Seksual

oleh Helmi pada 20 Apr 2005

Assalamualaikum tuan penerbit,
saya merupakan pelajar di ipta tempatan jurusan sosial. saya telah banyak membaca buku keluaran pts seperti tulisan dr fadzillah kamsah. Baru-baru ini, ketika saya mengunjungi salah sebuah kedai buku di PJ, saya tertarik untuk membeli buku undang-undang gangguan seksual yang ditulis oleh pensyarah sekolah pengurusan, universiti utara malaysia.
Saya dapati buku itu amat relevan untuk dimiliki oleh semua golongan masyarakat di negara kita terutamanya kaum wanita. Amat malang kerana pada semester lepas, saya diberi tugasan oleh pensyarah untuk membuat kajian mengenai gangguan seksual tetapi buku ini belum dikeluarkan. Jika tidak, sudah pasti saya akan mendapat markah tinggi dengan bimbingan buku ini. Jika tidak silap saya, ini buku ketiga yang dikeluarkan oleh negara mengenai gangguan seksual iaitu satu mengenai berkaitan dengan pengurusan oleh utusan publications dan satu lagi yang dikeluarkan oleh AWAM. Secara peribadi, buku keluaran pts ini adalah yang terbaik walaupun ianya lebih berkaitan dengan undang-undang, tetapi cara kupasan dibuat menyebabkan buku ini tidak jemu dibaca.
Saya juga kini sedang bekerja secara sambilan semasa cuti semester di salah satu badan di bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Buku ini juga seringkali dijadikan rujukan apabila perbincangan mengenai gangguan seksual. Sekalung tahniah kepada pts kerana menerbitkan buku sebaik ini. Semoga di masa mendatang, pts akan mengeluarkan buku yang lebih baik lagi terutama yang menyentuh isu masyarakat seperti buku ini.
Sekian.
Laila Abdullah.

JAWAPAN DARI PENULIS…

Assalamualaikum Cik Laila,

terima kasih atas keprihatinan saudari tentang buku ini. InsyaAllah kata-kata saudari akan menguatkan lagi semangat penulis untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa akan datang.

Wassalam.

Ahmad Shamsul Abd. Aziz (Mr)
Head of Law Department
Faculty of Public Management and Law
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah, Malaysia.
Tel No (O): 604-9284289/4230
Fax No (O): 604-9284205

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025