Artikel

Cerita dalam Kedai Buku.

oleh Helmi pada 20 Apr 2005

Para ibubapa semestinya berasa begitu bangga apabila melihat anak-anak mereka sudah pandai membaca lebih-lebih lagi seawal umur 3 tahun.

Kanak-kanak zaman ini diperkenalkan dengan buku sejak dari kecil lagi. Ada ibubapa yang memperkenalkannya, sebelum anak mereka dilahirkan. Iaitu ketika si ibu mengandung lagi. Sampai begitu sekali kesedaran ibubapa zaman ini terhadap anak-anak mereka.

Tambahan pula dengan kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan khususnya buku ada di mana-mana. Contohnya perpustakaan begitu canggih dan gah sekali penuhi dengan pelbagai judul buku. Kedai-kedai buku yang berkonsep moden & mesra pelanggan berada hampir di semua pusat membeli belah.

Pelanggan-pelanggan pula menikmati kemudahan yang tak pernah dinikmati oleh orang dulu-dulu. ( Dulu, belum lagi sentuh buku sudah dijeling oleh tauke kedai). Kini, boleh membaca buku sampaikan boleh khatam buku di kedai buku tanpa mengeluarkan sesen duit untuk membelinya. Sesetengahnya ada yang mengambil kesempatan untuk menyalin isi-isi buku (kalau ada mesin photocopy akan copy semuanya dari muka depan sampai kulit belakang), walaupun tak dibenarkan berbuat begitu, salah di sisi undang-undang.

Anak-anak zaman sekarang juga akan memilih kedai buku sebagai tempat persinggahan pertama apabila pergi ke pusat membeli-belah. Dari kecil lagi sudah dididik untuk minat membaca dan sukakan buku.

Namun begitu amat sedih sekali, kita terlupa mendidik diri kita dan anak-anak kita untuk menghormati buku. Lihat sahaja di kedai-kedai buku besar, ada sesetengah ibubapa sedang membacakan buku kepada anak-anak mereka sambil mereka duduk atas buku.

Ada pula yang buat-buat tak nampak buku yang terjatuh ke atas lantai, malah buat-buat terpijak buku tersebut. Kalau lepas terpijak, angkat dan letakkan buku di atas rak bolehlah dimaafkan. Namun ada yang tidak mengendahkannya, malah menyumpah-yumpah kerana mungkin buku tersebut menyebabkan mereka hampir terjatuh. Kesian buku disumpah sedemikian rupa.

Tidak kurang ramainya yang buat buku dalam kedai buku atau perpustakaan awan semacam harta peribadi   mereka. Diconteng, dikoyak, dilipat-lipat dan bermacam-macam lagi yang boleh mencacatkan kesempurnaan buku tersebut.

Ada anak-anak pula dibiarkan menconteng, menggoyak dan sebagainya terhadap buku-buku. Macam buku tersebut sudah jadi hal milik mereka, padahal akad jualbelinya belum berlangsung.

Apabila disuruh membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut, mereka akan mula mempertahankan hak mereka sebagai pelanggan atau pelbagai alasan dan istilah undang-undang akan diberikan.

Begitu malang nasib buku-buku ini. Juga nasib penjual-penjual buku dan nasib perpustakaan awam. Bayangkan jika sebuah kedai buku atau perpustakaan dalam sebulan sekurang-kurang 100 buah buku yang akan rosak disebabkan sikap sesetengah tidak bertanggungjawab ini.

Dalam setahun sekurang-kurangnya sebanyak 1200 buah buku dijangkakan akan rosak. Harga buku-buku sekarang bukanlah murah. Cuba bayangkan berapa RM kerugian yang akan ditanggung oleh kedai buku dan perpustakaan awan. (jika sebuah buku berharga RM10.00 X 1200 = RM12,000)

Kalau dulu, orang tua-tua selalu berpesan,
Jangan suka-suka letak buku atas lantai. Jangan pijak buku, kalau terpijak cepat-cepat letak di tempat yang lebih tinggi (kadang-kadang kita digalakkan mencium balik buku tersebut menunjuk rasa hormat kita lebih-lebih lagi buku agama). Jangan duduk atas buku. TULAH tak berkat ilmu yang kita baca dari dalam buku tersebut. 

Walaupun orang tua-tua dulu ada yang tidak kenal langsung huruf-huruf yang ada dalam buku, namun sangat hormat kepada buku. Kerana dalam buku ada ilmu, tak banyak, sikit dan tak sikit, banyak. Inikan pula kita yang faham isi kandungan buku yang kita baca. Semesti rasa hormat tersebut sepatutnya lebih daripada orang tua-tua kita dulu kan..(logiknya begitu). Namun realitinya umpama mimpi dalam mimpi.

Untuk semua, termasuk diri saya sendiri yang tahu membaca dan menulis fikir-fikirkanlah. Kadang-kadang kita terleka. Didik diri kita, anak-anak kita, saudara-saudara kita dan sesiapa saja untuk bukan saja untuk minat membaca tetapi amat penting untuk tahu, bagaimana menghormati buku.  Ini bukanlah satu yang tetek-bengek tapi ini adalah perkara asas yang wajib ditanamkan ke dalam setiap jiwa sebelum diajar membaca. Kerana kita adalah di kalangan makhluk yang mulia jika memuliakan makhluk lain.

Sempena Hari Buku Sedunia dalam bulan April ini disambut pada 23 April setiap tahun, Kedai buku MPH telah mengambil inisiatif bagi memberi kesedaran kepada semua tentang budaya menghormati buku.

Untuk pembaca, pencinta dan peminat buku

BE SURE YOU..RESPECT BOOKS! AND HANDLE THEM WITH CARE. 


Yang benar,

- Ramji. MPH Bookstores Sdn Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024