Artikel

Buku PTS Penuhkan Perpustakaan Sekolah

oleh Roziyah pada 13 Oct 2010

Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen sekolah kini memenuhi perpustakaan dan menjadi bahan bacaan pelajar di sekolah.

Baru-baru ini beberapa orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang berkunjung ke PTS dan memilih sendiri buku-buku keluaran PTS bagi diletakkan di sekolah berkenaan.

Setiap tahun, pihak sekolah berkenaan memperuntukkan sebahagian wang bagi membeli buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dan diletakkan di perpustakaan di sekolah.

Menurut salah seorang guru yang hadir, buku-buku menarik yang dibeli menjadikan perpustakaan sekolah dipenuhi dengan pelajar dan rekod pembacaan juga meningkat dari setahun ke setahun.

Pihak sekolah yang sentiasa mengemaskini buku-buku di dalam perpustakaan sekolah merupakan langkah baik kerana melalui cara itu pelajar akan sentiasa ingin ke perpustakaan bagi mendapatkan buku-buku terkini dan menarik yang disediakan oleh pihak sekolah.

Selain itu, dengan meletakkan bacaan ringan dan menarik mampu menarik minat pelajar mendekati buku lantas akan meningkatkan rasa ingin membaca dikalangan mereka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025