Artikel

Saksikan Pak Latip dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM

oleh Roziyah pada 13 Oct 2010

Penulis novel Sejarah Islam paling popular PTS, Tuan Abdul Latip Talip dijemput mengulas buku-buku beliau dalam program bual bicara, Selamat Pagi Malaysia di RTM1.  

Melalui segmen resensi, Tuan Abdul Latip atau lebih dikenali sebagai Pak Latip akan mengulas mengenai buku-buku hasil tulisan beliau yang kini mendapat tempat di pasaran.

Program resensi yang dikendalikan oleh pengacara dan penulis tersohor, Tuan Ramlee Awang Murshid ini memberi peluang kepada peminat-peminat novel hasil tulisan Pak Latip melihat penulis kesayangan mereka melalui kaca televisyen.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan wajah penulis kesayangan ramai ini pada 14 Oktober 2010 (esok), jam 8 pagi melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM1.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025