Artikel

Bulan Pengarang Tempatan 2004 MPH Bookstore

oleh Helmi pada 16 Jul 2004

Sempena Kempen Kesedaran Pengarang Tempatan 2004 yang dianjurkan oleh MPH Bookstore Sdn Bhd (MPH), pakar motivasi dan pembangunan diri terkenal, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah akan meluangkan masa berada di cawangan kedai buku MPH Megastore One Utama di ibu kota untuk bertemu pengunjung.

Masa dan tempat aktiviti tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 5 September 2004 (Ahad)

Masa  : 2.30 petang hingga 3.30 petang

Tempat : One Utama di Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya

Kehadiran Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ini adalah atas undangan MPH yang turut menjual koleksi buku-buku beliau. Orang ramai dijemput hadir untuk turut serta dalam sesi ceramah motivasi pendek, beramah mesra dan mendapatkan tandatangan beliau. Mereka juga boleh mendapatkan koleksi buku-buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) di MPH cawangan tersebut atau mana-mana rangkaian kedai buku MPH di seluruh negara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024