Artikel
Cara UiTM ajar BI lebih berkesan
oleh Helmi pada 20 Jul 2005
Sebelum diterima menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan berkenaan, pelajar terpaksa menjalani kursus pradiploma untuk satu semester.
Dalam tempoh itu, pelajar didedahkan cara menguasai bahasa Inggeris seperti subjek Grammar, Public Speaking, Reading dan Comprehension.
Pada mulanya, ia sukar bagi pelajar Melayu, namun lama-kelamaan pelajar Melayu seperti saya rasa bahasa Inggeris tidak susah seperti yang disangkakan.
Kami diajar berani bertutur, memberi ucapan di khalayak dalam bahasa Inggeris.
Walaupun diajar untuk satu semester saja, ia memberi kesan kepada pelajar.
Saya membandingkan penguasaan bahasa Inggeris selama saya belajar selama 11 tahun di sekolah, tetapi tidak sama belajar di pradiploma Sains Kesetiausahaan.
Saya berharap Kementerian Pelajaran menggunakan kaedah pembelajaran UiTM agar pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Dengan ini kita boleh melahirkan ramai pelajar cemerlang seperti Najmil Faiz Mohamed Aris yang mencipta sejarah membentangkan kajian di Parlimen Britain dan Nur Amalina yang memperoleh 17A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
BEKAS PELAJAR DSS 97,
Putrajaya.