Artikel

Carta ‘Top 10’ Diiklankan

oleh Roziyah pada 15 Jun 2010

Iklan  tersebut disiarkan bagi memaklumkan kepada umum mengenai buku-buku keluaran PTS yang popular dan mendapat jualan tertinggi pada setiap bulan. 

Menurut Pengarah Kreatif PTS, Tuan Hisham Salmin, iklan dalam akhbar tersebut bagi memaklumkan kepada umum terutamanya pekedai mengenai buku-buku 'best-saller' pada setiap bulan. 

"Harapan kita, pekedai akan dapat memilih tajuk buku yang popular dan menarik untuk disarankan kepada pembaca," kata Tuan Hisham.

Alaxender Adalah Zulqarnain yang ditulis oleh Muhammad Alexander telah menduduki tempat pertama dalam carta buku terlaris untuk bulan Mei diikuti dengan buku Dasyatnya Doa Ibu oleh Syamsuddin Nor dan buku Yakjuj dan Makjuj menduduki tempat ketiga dalam senarai carta 'top 10'.

Antara buku masakan yang tersenarai dalam carta 'top 10' pula adalah Senangnya Memasak Nasi diikuti dengan tajuk buku Senangnya Memasak Ikan serta Senangnya Memasak Tauhu Dan Telur.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025