Artikel

Program ‘Saya Mahu Hadiah’ : Hadiah Misteri Sudah Sedia

oleh Roziyah pada 15 Jun 2010


Staf PTS ketika ini sedang sibuk membungkus hadiah misteri yang akan diedarkan kepada semua peserta program 'saya mahu hadiah'. 

Program yang dimulakan sejak tahun 2007 ini dilaksanakan bagi menghargai peminat setia novel PTS selama ini. 

Pembaca yang ingin mengikuti program ini perlu mengumpulkan 10 keratan setem yang terdapat pada kulit buku terpilih terbitan PTS bagi mendapatkan hadiah misteri tersebut.

Hampir separuh hadiah misteri untuk tahun ini telah diposkan kepada peserta dan bakinya akan menyusul selepas ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025