Artikel
Chef Hanieliza di akhbar Utusan Malaysia
oleh [email protected] pada 03 Sep 2009
Selain internet, menyelak akhbar tempatan setiap pagi memang menjadi rutin harian bagi kita yang sentiasa dahagakan maklumat dan sumber berita terkini. Bagi anda yang telahpun mendapatkan akhbar Utusan Malaysia hari ini pastinya tidak terlepas dari menyelak helaian sisipan Mega yang disertakan pada setiap Khamis. Dalam keasyikan membaca berita-berita yang disajikan oleh Utusan Malaysia ini, pastikan anda juga tidak terlepas pandang untuk membaca artikel “Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak” oleh wartawan Sadatul Mahiran Rosli.
Artikel yang diterbitkan dalam ruangan Keluarga ini memberikan ulasan serta temubual ekslusif bersama penulis siri buku “Senangnya Memasak …”, karya Chef Hanieliza. Dalam temubual ekslusif ini, Chef Hanieliza memberikan pandangannya tentang bagaimana masyarakat hari ini kurang gemar memasak di rumah kerana pelbagai faktor, seperti tidak ada masa, tidak suka terperuk lama dalam keadaan dapur yang panas dan berasap, serta bahan-bahan masakan yang banyak dan sukar di cari. Namun, dalam keadaan ekonomi yang gawat serta harga makanan yang melambung naik, maka katanya adalah lebih baikuntuk mengamalkan jimat cermat iaitu memasak sendiri daripada membelinya. Dengan itu, maka Chef Hanieliza mendapat idea bagi menghasilkan siri buku memasak beliau yang menghimpunkan koleksi resipi yang mudah serta lazat untuk hidangan seisi keluarga.
Menariknya, kata beliau lagi ada yang datang sendiri ke rumahnya serta mengirim e-mail untuk mendapatkan buku-buku masakan beliau kerana kebanyakannya sudah habis stok di kedai-kedai buku utama seperti MPH, Kinokuniya, Borders, Times, dan Popular. Oleh itu, beliau menasihatkan bagi yang ingin membelinya boleh turut mendapatkannya secara online di www.bookcafe.com.my serta blog beliau sendiri hanieliza.blogspot.com bagi yang ingin bertukar-tukar pandangan mengenai masakan.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan akhbar Utusan Malaysia anda hari ini dan jangan lupa untuk mendapatkan siri-siri buku masakan ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau beli secara online untuk lebih penjimatan.
Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak bukan?