Artikel
Menginovasikan Strategi Pemasaran PTS
oleh [email protected] pada 07 Sep 2009
Selangor, Ibu Pejabat PTS: Bengkel Gerilla Marketing oleh Encik Syaizul Amal yang didatangkan khas dari Metadome (Metamobile Sdn. Bhd) membuka mata semua peserta supaya mengeksploitasi peluang sekeliling yang ada.
“Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan melalui aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran berupa produk dan perkhidmatan pada hari ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara,” ujar beliau yang juga berani mengeluarkan idea yang luar biasa..
Encik Syaiful Amal yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran ini juga turut pernah terlibat secara tidak langsung dalam kempen promosi bagi siri 'Aku Mahu..' karya penulis Ain Maisarah. Berdasarkan kejayaan beliau dalam membawa promosi siri berkenaan mencapai matlamatnya, maka segala pengalaman dan tips-tips dari beliau harap dapat diaplikasikan kepada kempen promosi bagi buku-buku terbitan Kumpulan PTS bagi tahun-tahun mendatang. Beliau memberikan penekanan terhadap inovasi produk yang sangat penting bagi menarik perhatian pelanggan masa kini dengan melihat trend pembelian semasa, penggabungan 2 produk menarik, penjenamaan semula juga lebih nilai tambah bagi setiap pembelian seperti hadiah percuma dan diskaun semasa.
Antara lain, beliau turut menyarankan agar penerbit buku kini lebih bersifat semasa dengan mendekati para pembaca mereka melalui kaedah 'di talian' seperti membina komuniti bagi produk bacaan di internet, seperti facebook, twitter dan juga blog. Blog-blog penulis turut membantu dalam penjanaan maklumat kepada para pembaca mereka serta lebih bersifat 'personal touch' yang lebih dekat dengan pembaca itu sendiri.
Teknik & strategi pemasaran yang baik adalah kunci bagi kejayaan jualan sesuatu produk atau perkhidmatan, dan diharapkan agar sesi bengkel yang bermanfaat seperti ini akan dapat diadakan lagi lebih kerap dimasa hadapan untuk kebaikan warga PTS bersama.
- Berita disunting oleh Tuan Roslan Isa.