Artikel
Dapatkan Buku-Buku PTS di Program Kembara Buku 1Malaysia
oleh Roziyah pada 13 Oct 2010
Bagi menyemarakkan lagi semangat membaca dan cintakan buku di kalangan rakyat Malaysia, PTS mengorak langkah dengan menyertai Program Kembara Buku 1Malaysia.
Program yang dianjurkan oleh Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS membeli buku terbitan PTS dengan diskaun hebat yang disediakan.
Mini Pesta buku yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak ini diadakan pada 15 Oktober hingga 17 Oktober 2010.
Pelbagai program menarik juga disediakan melalui Program Kembara Buku 1Malaysia ini. Antara program yang disediakan termasuklah sumbangan buku kepada 61 buah sekolah di sekitar utara semenajung Malaysia, Aktiviti Pengembangan Budaya Membaca dan banyak lagi.
Ramai-ramai meriahkan Program Kembara Buku 1Malaysia yang diadakan di SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak pada 15 Oktober hingga 17 Oktober ini.