Artikel

Dapatkan Merchandise PTS di Pesta Buku

oleh Helmi pada 25 Feb 2010

Anda mahu memiliki baju-t berlogo PTS? Tahun ini PTS dengan bangganya melancarkan merchandise PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Ada 50 merchandise PTS yang akan dijual dengan harga istimewa. Antaranya baju-t, buku nota, penanda buku, poskad, beg kertas, payung, mug, pelekat kereta, pemegang kunci, thumb drive dan sebagainya.

Merchandise PTS ini diurus dan dijual oleh Jabatan Pemasaran PTS. PTS menyediakan satu booth khas di pesta buku bagi mempamer dan menjual merchandise ini. Anda juga berpeluang mendapat merchandise PTS ini secara percuma apabila membeli buku PTS dengan nilai RM100 atau RM200 di pesta buku. Bagi anda yang membeli buku PTS kurang daripada RM100, anda juga berpeluang membeli merchandise PTS ini dengan harga istimewa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025