Artikel

PTS Terima Bayaran Menggunakan Kad Kredit/Debit Semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

oleh Helmi pada 25 Feb 2010

Bagi anda yang tidak suka membawa duit tunai yang banyak semasa membeli belah dan lebih suka menggunakan kad kredit/debit, PTS ada berita baik buat anda. PTS menyediakan 2 terminal kad kredit/debit bagi memudahkan pembeli membuat bayaran buku-buku yang dibeli di booth PTS. Ianya terhad untuk pengguna kad VISA dan Mastercard sahaja.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun 2009, PTS hanya sediakan 1 terminal kad kredit/debit sahaja dengan jumlah pembelian lebih kurang RM40 ribu. Tahun ini kami mensasarkan 20 peratus pembelian buku-buku PTS menggunakan kad kredit/debit. Oleh itu, terminal kad kredit/debit ditambah menjadi 2.

Bagi anda yang hendak membayar menggunakan VISA/Mastercard disyaratkan membeli sekurang-kurang RM50 dan ke atas. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025