Artikel
PTS dan Penerbit Komersial Lain di Dewan Tun Razak 2 (TR2) - Seberang Sungai
oleh Helmi pada 25 Feb 2010
Penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 terpaksa menambah 1 dewan lagi bagi menampung permintaan peserta/pemamer yang bertambah jika dibandingkan tahun lepas. Tahun ini PTS memilih untuk berada di Dewan Tun Razak 2 (TR2) yang terletak di seberang sungai PWTC.
Selain PTS ada beberapa lagi penerbit komersial yang lain diundi/ memilih berada di TR2. Ini termasuklah Penerbit Al-Hidayah, Karna Dya, dan Creative Enterprise. Booth PTS terletak di C15 Selain Dewan Tun Razak 2, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini akan berlangsung di Legar Putra, Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.
Antara pemamer yang terlibat termasuklah penerbit buku tempatan dan antarabangsa, pengedar buku, pembekal alat bantu mengajar dan permainan, agen buku dan majalah dan pelbagai lagi.