Artikel
Dapatkan Set Istimewa Impiana di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010
oleh Roziyah pada 03 Dec 2010
Pesta Buku Kanak-kanak kuala Lumpur (PBKKL) memberi kelainan kepada peminat-peminat Ain Maisarah apabila penulis novel remaja nombor 1 PTS itu menyediakan set khas Impiana Finale khas buat peminat-peminat beliau.
Set Kotak Impiana yang mengandungi Novel Impiana: Misteri terbongkar dan Impiana Finale ini mampu membuatkan peminat AIn Maisarah teruja apabila ia tampil dengan novel comel kisah ketua ahli Wanababes.
Novel comel yang diberikan secara percuma ini mengisahkan secara terperinci kisah kehidupan kehidupan Farah dan Fahmi.
Novel comel yang mampu membuatkan pembaca tertawan ini hanya diperolehi apabila membeli set kotak Impiana kerana ia tidak dijual di pasaran.
Siri terakhir ini menampilkan keistimewaan apabila semua ahli Wanababes berkumpul kembali dan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.
Bagi peminat Ain Maisarah, set istimewa ini harus dimiliki sebagai simpanan peribadi. Dapatkan set istimewa ini khas di PBKKL 2010 ini.
Temui PTS di PBKKL 2010 ini di PWTC pada 22 hingga 26 disember 2010 ini.