Artikel

Tip Survival Penerbit Buku Agama: Strategi bagi Memasuki Laut Merah

oleh Roziyah pada 03 Dec 2010

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/

 

Sektor buku agama Islam adalah sektor yang paling besar dalam pasaran buku Bahasa Melayu di negara ini. Saiz pasaran buku agama lebih besar daripada saiz pasaran buku fiksyen.

Namun sektor buku agama sudah menjadi Laut Merah. Penerbit dan pengedar buku-buku agama yang paling besar dan kini menjadi 'Big Boy' dalam sektor ini ini adalah syarikat penerbit Al Hidayah dan anak-anak syarikatnya.

PTS menceburi sektor buku agama dengan menawarkan USPnya (unique selling point) sendiri.

Dua USP buku-buku agama PTS adalah:

(i) Menggunakan Bahasa Melayu kontemporari dan gaya penulisan yang mudah difahami, supaya pembaca bukan Islam pun dapat memahami isi kandungannya.

(ii) Penampilan dan pakejing yang cantik serta user-friendly.

Pembeli dan pembaca yang menjadi target utama bagi pemasaran buku-buku agama PTS adalah:

(i) Anggota kelas menengah Melayu.

(ii) Pembaca yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama tradisional.

Saiz sektor buku agama terus berkembang dengan baik kerana jumlah umat Islam di negara ini semakin banyak dan daya beli mereka juga semakin meningkat.

Perkembangan ini bermakna lebih banyak buku agama diperlukan, sama ada dari sudut jumlah cetakannya mahupun jenis-jenis judulnya. Ini adalah peluang yang baik bagi pemain baru. Caranya adalah dengan menerbitkan buku-buku yang memenuhi keperluan pembaca yang menjadi target spesifik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025