Artikel

Kepahlawanan Zubair Bin Awwam @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 09 Apr 2012

Sebuah karya Al Ghazali Sulaiman yang menceritakan kepahlawanan seorang pemuda dari keturunan Bani Saad. Zubair bin Awwam, anak kepada Awwam bin Khuwailid yang merupakan seorang pejuang hebat pada masa itu.

Di besarkan tanpa kasih sayang seorang bapa, namun ianya tidak menghalang Zubair bin Awwam berjuang bersama-sama baginda Rasulullah hingga akhir hayat baginda.

Kehidupan kecilnya di sulami dengan kehidupan yang sukar. Selepas di ketahui orang ramai bahawa beliau dan ibunya, Saffiyyah binti Abdul Mutalib memeluk Islam, bapa saudaranya Naufal bin Khuwailid yang di gelar singa Quraisy merupakan individu yang tidak dapat menerima hakikat dan terlalu sukar mempercayainya lantas di seksa di hadapan orang ramai.

Namun, keazaman dan keteguhan iman yang dimiliki Zubair, membuatkan Abu Bakar As-Sidiq kagum lalu menawarkan puteri beliau, Asma’ binti Abu Bakar untuk dinikahinya. 

Perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah bermula di zaman mudanya lagi. Dengan keberanian dan ketangkasan dimiliki, beliau sering di beri kepercayaan baginda untuk menjadi watak penting dalam beberapa siri peperangan.

Ketokohan dan kebijaksanaan dalam peperangan membuatkan beliau disanjungi kawan dan dihormati pihak lawan. Namun, sedikitpun tidak menggoyahkan imannya untuk terus berjuang bersama Rasulullah bagi menegakkan kebenaran.

Selepas kewafatan Rasulullah, sistem pemerintahan bertukar tangan kepada sahabat. Dengan cabaran dan dugaan dihadapi oleh mereka semasa memerintah, namun ianya dapat di selesaikan dengan baik.

Zaman keruntuhan perpaduan sesama Islam selepas era kegemilangan Islam dalam menakluk dan memerintah dengan adil kelihatan seperti mula berlaku. Dengan niat jahat, dendam kesumat dan tipu muslihat Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, di lihat bejaya memecah tembok perpaduan orang-orang Islam dan di lihat punca titik-titik awal perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

Novel sejarah Islam ini banyak mengupas sejarah dan kisah-kisah perjuangan para sahabat ketika era perperangan bersama Rasulullah. Ayuh, kenali Zubair dengan lebih dekat dan klik sahaja imej buku dibawah bagi maklumat lanjut.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024