Artikel
Promosi Baca@Ramadan Jadikan Jualan Kedai Buku Ash Shafie Rancak
oleh Roziyah pada 05 Aug 2010
Promosi Baca@Ramadan yang dilaksanakan PTS telah memberi impak yang besar kepada pekedai-pekedai buku yang menyertai promosi Baca@Ramadan ini.
Menurut Pembantu Jualan, Puan Norizan, bahan promosi yang disediakan PTS secara tidak langsung telah meningkatkan jualan buku-buku keluaran PTS terutamanya buku promosi sepanjang Ramadan.
"Banyak buku promosi Ramadan yang laku malah ada antaranya sudah habis dijual dan menanti stok baru," kata Puan Norizan.
Buku yang laku jualannya termasuklah buku Adab Ramadan dan Peristiwa Bersejarah Ramadan. Selain itu buku Diari Ramadan juga panas hampir habis di kedai Ash Syafie.
Selain itu, Puan Norizan juga memaklumkan pelanggan juga tidak sabar menanti buku Armagedon: 2012 yang akan dikeluarkan pada 1 syawal ini.
Promosi Baca@Ramadan PTS yang diletakkan di kedai-kedai buku bermatlamat bagi memaklumkan buku-buku keluaran PTS yang boleh menjadi santapan pembaca bulan Ramadan ini.