Artikel
Di sini kita dapat melihat bagaimana sistem pemikiran Arsène Lupin bekerja.
oleh Adibah Atiqa pada 14 Nov 2022
“Ingat, kita sedang berhadapan dengan Arsène Lupin. Dengan dia, bukankah selalunya perkara yang mustahil dan mengejutkan yang mesti kita cari? Bukankah kita sentiasa perlu terus berjalan ke hadapan walaupun andaian kita itu paling gila sekali?” 🎩💵
Sejujurnya, aku tidak pernah membaca mana-mana karya mengenai Arsène Lupin ini. Cuma namanya aku pernah dengar tetapi tiada keinginan yang kuat untuk menyelami kisahnya. Tetapi, setelah membaca buku ini, aku jadi ✨berminat✨.
🔍 Untuk seseorang yang jarang sekali membaca karya terjemahan Bahasa Melayu, aku tidak nafikan yang mula-mula, pembacaanya terasa kekok tetapi setiap muka surat yang terselak, aku berjaya dapatkan ‘reading tone and pace’.
🔍 Apa yang membuatkan buku ini berbeza daripada yang lain dalam siri Arsène Lupin?
— Buku ini merupakan koleksi 10 cerita pendek pengembaraan dan penyiasatan Arsène Lupin. Berbeza dengan tajuk lain yang merupakan novel.
🔍 Jadi, untuk yang tidak mengetahui, siapakah sebenarnya Arsène Lupin ini?
— Detektif seperti Sherlock Holmes? Oh, jauh sekali. Arsène Lupin ada skil seorang penyiasat tetapi dia merupakan ‘gentleman-burglar’. Tak mengapa, aku akan cerita lebih lanjut. So, kalian dapat mengenali serba-sedikit figura Arsène Lupin sepanjang reviu ini.
🏢 “..tentu sekali…ini cuma andaian, tapi menjelaskan segalanya…Baiklah satu tanggapan yang menjawab setiap soalan tentu sekali tidak jauh daripada kebenaran…”
• Di sini kita dapat melihat bagaimana sistem pemikiran Arsène Lupin bekerja. Dia banyak bermain dengan ‘what if possibilities’ dan setiap satu daripadanya akan digugurkan jika tidak membawa ke arah kesimpulan.
🔍 Aku ada terbaca beberapa reviu di Goodreads yang lebih suka koleksi kisah pendek ini daripada novel dalam siri Arsène Lupin. Jadi, untuk korang yang sudah membaca novel dalam siri ini tetapi ‘not your cup of tea’, korang masih boleh menaruh harapan pada buku ini.
.
🔍 Kepada yang tidak pernah membaca mana-mana buku dalam siri ini (seperti aku! 🤪) kalian juga boleh bermula dengan buku ini. Jangan risau, kandungannya masih relevan walaupun tidak pernah didedahkan dengan figura Arsène Lupin ini.