Artikel

Buku pertama yang kami pilih adalah Orang Utan di Sepilok.

oleh Rania.maisara_reads pada 14 Nov 2022

Penutupan operasi sekolah yang diberikan oleh guru kerana sekolah Rania dibuka sebagai Pusat Penempatan Sementara mangsa banjir di sekitar Meru telah memberikan peluang kepada kami untuk mengisi kekosongan masa dan hari dengan bekalan buku dari PTS Junior. Buku pertama yang kami pilih adalah Orang Utan di Sepilok. Rania teruja untuk mengambil tahu tentang haiwan ini.



Untuk mengelakkan rasa bosannya membaca seorang diri, saya juga turut serta membaca bersama-sama Rania. Apa yang menariknya, banyak fakta yang bukan sahaja untuk pengetahuan anak malahan juga saya sendiri pun turut mempelajari pelbagai jenis binatang yang ada di 5 buah Taman Negara Dunia.



Aktiviti kami hari ini tidak diteruskan dengan membaca kelima-lima buah sekaligus dalam satu masa. Kami selang-selikan dengan mengisi ruang masa untuk membuat perkara lain kemudian bersambung-sambung sehingga petang. Ia satu perkara yang menyeronokkan apabila Rania suka mendengar saya membacakan dialog dengan nada suara yang berlainan mengikut watak. Katanya, “mummy, you are so funny!” 😂



Jadi, dengan cara ini ia dapat merangsang minat Rania untuk mengetahui lebih lagi tentang khazanah flora dan fauna.


View this post on Instagram

A post shared by Rania (@rania.maisara_reads)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024