Artikel

Mydin Ada Jual Buku?

oleh Aisha Nizam pada 15 Nov 2022


“Eh di sini juga ada jual buku?”

Kebiasaannya, orang ramai akan pergi ke pasar raya Mydin untuk membeli barangan dapur dan harian. Amat jarang sebenarnya untuk orang pergi ke pasar raya, semata-mata untuk membeli bahan bacaan.

Haa, pasti maklumat yang ingin disampaikan kali ini, khususnya dalam kalangan peminat buku yang gemar membaca dan ingin dapatkan buku di mana-mana, kalian pasti teruja!

Kini di Mydin, anda boleh mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai genre dengan harga yang berpatutan! Buku untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, kini boleh didapati di

Mydin! Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil membeli barang-barang keperluan, anda juga boleh membelek-belek buku dan membeli.

Terdapat 5 senarai pasar raya Mydin yang anda boleh kunjungi untuk membeli buku:

1. Mydin Subang USJ - Subang Jaya, Selangor

2. Mydin Wholesale Hypermarket Kubang Kerian - Kubang Kerian, Kelantan

3. Mydin Wholesale Hypermarket Gong Badak - Gong Badak, Terengganu

4. Mydin Hyper Seremban 2 - Seremban, Negeri Sembilan

5. Mydin Sejati Ujana Hypermarket - Sandakan, Sabah

Untuk membaca, tidak kira tempat, tidak kira masa. Tinggal pilih yang mana anda suka.

Selamat membeli dan membaca!

Ayuh! Singgah di #rakPTS di Mydin untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini.



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024