Artikel
Kupon Diskaun pada Sampul Duit Raya PTS
oleh Helmi pada 18 Sep 2009
Sepertimana tahun-tahun yang sudah, tahun ini PTS mengeluarkan sampul duit raya PTS yang tersendiri sebanyak 10 ribu keping dalam 4 desain berbeza sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Istimewanya sampul duit raya PTS tahun ini ialah, pada bahagian belakang sampul, ada tercetak kupon diskaun sebanyak 20 peratus bagi membeli buku-buku terbitan PTS.
Kupon ini hanya sah bagi membeli buku PTS secara online di www.Bookcafe.com.my ataupun belian terus dari gudang PTS di Batu Caves. Sah laku kupon ini ialah dari 20 September hingga 19 Oktober 2009. Sampul duit raya ini diedarkan secara percuma melalui kedai-kedai buku terpilih dan juga staf PTS.
Jadi, bagi anda ataupun anak-anak anda yang menerima sampul duit raya PTS, jangan lepaskan peluang menggunakan kupon itu bagi membeli buku-buku PTS pada kadar diskaun istimewa yang ditawarkan.