Artikel

Dikecam Di Media Sosial, PU Amin Kini Muncul Dengan Buku Terbaharu - Hurai Masalah Cinta

oleh Abdullah pada 22 Jul 2019

Ada yang kenal PU Amin di media sosial sebagai seorang pendakwah muda yang suka menyampaikan nasihat berbentuk serangan ke atas peribadi seseorang tetapi ada juga yang disampaikan dalam bentuk yang baik dan lembut. Sedar tak sedar, sebenarnya PU Amin sudah siap dengan satu buku yang ditulis oleh beliau dan Ustaz Hamid Addin yang baru sahaja diterbitkan.

Dalam buku terbaharu PU Amin ini, beliau berkongsi tentang CINTA. Ramai suka topik ini. Orang kata, topik yang kalau dibincangkan tidak akan pernah lapuk dan lekang oleh arus perubahan semasa. Sebab semua orang perlukan cinta. Tetapi cinta bagaimana sebenarnya yang kita perlukan?

“Cinta dan kasih sayang itu daripada Allah. Allah yang mencampakkan dan menanam rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hati manusia. Amat rugilah manusia yang bernama Muslim membiarkan cinta itu pudar dan hilang.” -PU Amin

Bercakap tentang cinta, Allah berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

PU Amin ulas ayat ini, “Hendak faham cinta ini mudah iaitu apa-apa sahaja perkara yang kita suka tengok dan teringin untuk mendapatkannya. Tetapi cinta yang paling tinggi dalam kehidupan manusia adalah cinta kepada Allah s.w.t.”

Berapa ramai orang di atas muka bumi ini yang bercakap tentang cinta dan kita tiba-tiba menjadi cair mendengarnya. Ini beberapa petikan yang boleh buat kita cair. Saya petik daripada penyair yang terkenal, Jalaluddin Rumi.

“Cinta mengubah kekasaran menjadi kelembutan,

mengubah orang tak berpendirian menjadi teguh berpendirian,

mengubah pengecut menjadi pemberani,

mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan,

dan cinta membawa perubahan-perubahan bagi siang dan malam.” - Rumi

Love so needs to love

that it will endure almost anything, even abuse,

just to flicker for a moment. But the sky’s mouth is kind,

its song will never hurt you, for I

sing those words.” - Rumi


Jalaluddin Muhammad Rumi atau lebih dikenali dengan Rumi merupakan penyair, qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke-13. Namanya bermaksud “Keagungan Agama”, Jalal bererti “agung” dan Din bererti “agama”.

Buku ini adalah sebuah perkongsian nasihat berkenaan isu cinta yang bersifat universal. Pencetus Ummah (PU) Amin dan Ustaz Hamid Addin, penulis bersama, mengulas topik cinta dengan merangkumkan cinta kepada Tuhan, kepada Rasulullah, kepada al-Quran, kepada manusia, dan cinta kepada ibadah-ibadah yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. Cinta diceritakan secara santai dengan menyentuh isu semasa tetapi padat dengan nasihat yang boleh menyentak minta separa sedar kita.

Saya cadangkan buku ini kepada mereka yang sedang mencari-cari makna cinta dalam hidup mereka. Sebelum kita menjatuhkan label kepada PU Amin, ada baiknya kita cuba menyelami fikiran beliau dan faham apa yang ingin beliau sampaikan kepada masyarakat.

Selamat membaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024