Artikel

Dua ebook pemangkin motivasi Haji

oleh Azree pada 19 Sep 2012

Ebook Travelog Haji

“Keajaiban yang telah kami tempuh bukan terjadi secara kebetulan. Kami berdoa, Allah mendengar dan Dia berkuasa untuk menunaikan apa yang telah kami pohon.”

Salah satu petikan daripada buku tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’. Buku ini bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Melihatkan permintaan yang memberansangkan terhadap dua buku tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim iaitu ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’ dan ‘50 Tip Motivasi Haji’, kami di PTS berusaha untuk memudahkan semua pembaca bagi memilikinya dengan menerbitkannya dalam format digital.

Kini tuan/puan semua boleh mendapakannya dalam versi ebook.

1) http://pts.com.my/index.php/ebook/travelog-haji-mengubah-sempadan-iman/

2) http://pts.com.my/index.php/ebook/50-tip-motivasi-haji/

Semoga dua buah buku ini mampu menjadi pembangkit motivasi kita bagi menunaikan haji.

 

Langgan Emel PTS Ebook

Langgan emel PTS Ebook bagi mendapatkan informas terkini dunia ebook serta tawaran diskaun menarik!


Name

Email

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024