Artikel

Sembang Santai Irma: Peminat Teruja

oleh Zikri Musa pada 20 Sep 2012

SUBANG - PTS dengan kerjasama MPH Subang Parade mengadakan sesi sembang santai bersama selebriti Irma Hasmie dan penulis Zamri Mohamad. Program yang berlansung pada 15 September yang lepas bertujuan mempromosikan buku mereka bertajuk SMILE terbitan PTS Millennia.

Ketika sesi bermula, Irma berkongsi semula pertemuan beliau dan Zamri ketika masing-masing terlibat dalam program Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah. Daripada pertemuan itu mereka memperoleh idea menerbitkan buku SMILE. Zamri pula menjelaskan konsep buku SMILE lebih kepada santai. Ia terhasil daripada soalan ulangan yang ditanya peminat di dalam laman Facebook Irma.

Pengunjung juga diberi peluang bertanya terus kepada Irma dan Zamri. Melalui sesi ini, pengunjung dapat mengenali dan beramah mesra bersama penulis dengan lebih dekat. Selain itu, pembaca juga diberi peluang bergambar dan mendapatkan tandatangan daripada penulis.

Di hujung program, Tim PTS mendapatkan pandangan pengunjung tentang sesi sembang santai SMILE. Antara pengunjung yang ditemuramah ialah Cik Hedzlin dan Puan Aida dari Port Klang. Mereka berkongsi pendangan supaya program seperti ini dianjurkan dengan lebih kerap.

“Acara ini harus dibuat dengan lebih kerap kerana impak Irma sangat besar kepada peminat. Ia juga memberi impak positif kepada masyarakat”.

Seorang lagi pengunjung Shaharil dari Puchong menjelaskan beliau mendapat informasi tentang program sembang santai daripada laman Facebook PTS dan berpuas hati dengan program yang dianjurkan.

“Informasi tentang program ini diperoleh daripada Facebook PTS. Jadi, saya dapat menyusun jadual saya dengan lebih awal. Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya juga berharap ia akan dilakukan lagi di masa kelak”

Puan Suirati dari Subang Jaya pula memberi pendapat tentang buku SMILE. Beliau memberitahu buku SMILE akan memberi inspirasi kepada pembaca.

“Setelah membelek helaian demi helaian, buku SMILE sangat berbeza dengan buku yang lain. Saya yakin Ia akan memberi inspirasi kepada pembaca dan semua peminat Irma”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024