Artikel

PTS Menghangatkan Ekspo Buku Islam 3

oleh [email protected] pada 18 Sep 2012

Ekspo Buku Islam 3 akan berlangsung di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang bermula 26 September sehingga 2 Oktober 2012. Justeru itu, PTS menampilkan empat orang penulis ternama untuk sama-sama memeriahkan Ekspo Buku Islam 3. Empat orang penulis ini bakal mengadakan aktiviti-aktiviti yang penuh dengan pengisian menarik, khas untuk para pengunjung Ekspo Buku Islam 3 yang juga peminat buku-buku PTS.

Pada 29 September 2012, penulis sejarah Islam tersohor di Malaysia, Abdul Latip Talip atau Pak Latip akan mengadakan aktiviti “Diskusi Buku” pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Aktiviti ini membicarakan tentang dua buah buku beliau yang berjudul Badiuzzaman Said Nursi dan Mustafa Kamal Ataturk. Jam 2 petang hingga 4 petang pula, Chef Hanieliza muncul dengan tiga resipi menarik dalam “Demo Masakan”. Pengunjung Ekspo Buku Islam 3 berpeluang menikmati sampel makanan daripada demo memasak Chef Hanieliza.

Seterusnya pada 30 September 2012, Ustazah Fatimah Syarha tampil dengan sesi “Ramah Mesra” untuk peminat-peminat beliau. Sesi ini bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari. Kemudian, pada jam 2 petang, Ustaz Rohidzir Rais bakal membicarakan buku-buku tulisan beliau dalam aktiviti “Diskusi Buku” sehingga jam 4 petang.

Rebutlah peluang bertemu dengan penulis-penulis PTS sambil bersama-sama menghangatkan Ekspo Buku Islam 3 di Kuantan, Pahang. Jangan lupa dapatkan buku-buku PTS di Ekspo Buku Islam 3 kerana buku PTS semestinya seronok, berinformasi, dan berkualiti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025