Artikel

Dunia Sebenar Hidup Sebagai Seorang Blogger: Miss Blogger

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 18 Aug 2015

Cuba bayangkan anda adalah seorang blogger yang dikenali suatu hari nanti. Anda seorang yang amat diminati sehingga ramai pengikut anda yang ternanti-nantikan entri anda pada setiap hari.

Sebagai seorang blogger yang mempunyai ramai peminat, kehidupan anda sebagai seorang manusia biasa juga mungkin berubah.

Anda akan diekori oleh orang sekeliling atau mungkin juga segala perilaku anda akan dirakam pada setiap saat.

Fatini amat beruntung kerana mempunyai segala yang dinyatakan. Tambahan pula dengan adanya rakan baik seperti Sorfy yang sentiasa membantu menaikkan populariti  laman blog milik Fatini.

Sehinggalah pada satu hari, Fatini terpilih sebagai calon pemenang Anugerah Blogger Terbaik (ABT). Fatini telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, sehingga membuatkan Fatini ingin menarik diri daripada pencalonan tersebut.

Adakah Fatini ingin meneruskan niatnya dengan menarik diri hanya kerana cabaran-cabaran yang melanda dirinya, ataupun sebaliknya?

Jika para pembaca berminat untuk mengetahui apa yang bakal terjadi dengan Fatini, teruskan membaca buku terbaru siri Tunas Super kali ini, Miss Blogger.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024