Artikel
Durian Runtuh Untuk Penulis PTS : Royalti 2009 Bakal Diterima
oleh Roziyah pada 15 Jun 2010
Berita gembira bakal diterima oleh penulis-penulis di PTS apabila pembayaran royalti akan mula dikeluarkan bermula Jun ini.
Pembayaran akan dibuat untuk buku-buku yang telah terjual sepanjang tahun 2009 dengan jumlah royalti sebanyak RM 1,898,569.45.
Menurut Pengurus Kewangan PTS, Puan Nur Hasnah Ibrahim, royalti itu akan dibayar secara berperingkat-peringkat. Penulis yang paling tinggi royaltinya akan dibayar pada bulan Jun dan diikuti dengan penulis lain pada bulan Julai dan Ogos.
"Insya Allah, kita akan selesaikan pembayaran keseluruhan royalti kepada penulis pada bulan Ogos ini," menurut Puan Hasnah.
Eksekutif Kewangan Junior PTS, Cikpuan Norizah Wahid pula berkata, cek royalti akan mula dihantar kepada penulis bermula minggu ini dan bakinya akan dikeluarkan pada setiap minggu.
Jika penulis mempunyai pertanyaan atau sebarang kemuskilan, mereka boleh terus emailkan ke finance @pts.com.my untuk maklumat lanjut.