Artikel

Siaran Iklan Karipap - Karipap Cinta dalam Harian Metro

oleh [email protected] pada 11 Jun 2010

Fenomena demi fenomena tercetus apabila novel Karipap-Karipap Cinta diterbitkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd yang ditulis oleh Nazri M. Annuar. Pelbagai komen positif daripada peminat tegar buku PTS, blogger, media akhbar dan radio. Tercetusnya fenomena itu memberi upaya kepada industri buku supaya terus menerbitkan buku yang santai dan mudah dibaca pembaca.

Othman Hafsham, pencipta dan pengkarya siri TV popular Pi Mai Mai Tang Tu  mengikhtirafnya sebagai wahana komedi yang cukup hebat dan wacana humor yang serba luar biasa.

Mamat Khalid, Pengarah terbaik festival filem Kala Malam Bulan Mengambang menuding dan mendakwanya sebagai pengantara serta komentari sosial yang ampuh sesuai untuk semua.

Bagi memastikan jualan menggunung novel Karipap-Karipap Cinta ini. Pihak Pemasaran membeli iklan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 13 Jun 2010, hari Ahad ini. Moga novel itu terus bestseller dan bakal menggeletek pembaca di pawagam nanti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024