Artikel

Program Infaq Ramadan PTS Gembirakan Anak-Anak Yatim Nurul Qana’ah

oleh Roziyah pada 30 Aug 2010

Warga PTS berbesar hati tunak yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kali ini sekumpulan kakitangan PTS turun padang dan mewakafkan buku-buku keluaran PTS kepada Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Qana'ah, Gombak. Selain itu, anak-anak ini juga dibekalkan dengan sejumlah wang tunai bagi mereka membuat persiapan Aidilfitri ini.

Menurut penyelia rumah Anak-Anak yatim Nurul Qana'ah, Tuan Haji Abdul Reuf Sidek, sumbangan buku ini memberikan peluang kepada anak-anak yang kurang berkemampuan mendekatkan diri dan sukakan buku.

"Desakan hidup menjadikan mereka susah mendapatkan bahan-bahan berilmu. Kita di rumah Anak Yatim Nurul Qana'ah ini memang mementingkan akedemik bagi menjamin masa depan anak-anak. Sumbangan buku ini menjadi satu cara kita mendekatkan anak-anak kepada buku supaya mereka terus membaca," jelas Tuan Haji Reuf.

menerusi tinjauan wakil PTS Portal, anak-anak di rumah Anak Yatim Nurul Qana'ah gembira apabila kakitangan PTS memberikan buku-buku kepada mereka.

Salah seorang penghuni rumah Anak Yatim Nurul Qana'ah, Nur Amalian yang berusia 15 tahun berkata beliau gembira apabila mereima buku-buku baru daripada PTS. Beliau yang gemar membaca buku-buku berbentuk aksi yakin dengan membaca banyak buku dapat memberi ilmu yang berguna kepada beliau.

Rumah anak yatim Nurul Qana'ah ini menempatkan 22 orang anak yatim dan nak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan agar dapat anak-anak ini mendapatkan pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.

Program Infaq Ramadan yang dianjurkan PTS pada setiap kali Ramadan memberi peluang kepada kakitangan PTS menyumbang tenaga, wang dan ilmu bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

PTS kali ini membahagikan kakitangan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu memilih rumah anak yatim dan tempat yang memerlukan bagi mereka mewakafkan buku, sebuah rak dan wang agar dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025