Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Bhg 2)

oleh Asri Yussof pada 30 Jul 2018

Institusi keluarga yang cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Dalam banyak drama kehidupan, kita melihat dengan mata kita sendiri bagaimana anak-anak yang hidup dengan ibu bapa yang sering bergaduh akan membawa emosi di luar.

Pergaduhan antara ibu dan bapa antara faktor yang menyebabkan keruntuhan anak-anak. Apabila institusi keluarga runtuh, anak akan terbiar dan terabai. Mereka akan berfikir, mempunyai kawan-kawan lebih baik dari mempunyai sebuah keluarga. Dari sini, mereka mula membenci ibu bapa dan membuat onar di luar.

Dr. Nasih Ulwan menulis dalam bukunya Tarbiyatul Aulad Fil Islam, pergaduhan berterusan antara ibu dan bapa juga menyumbang kepada keruntuhan akhlak anak. Anak yang sentiasa melihat ibu bapanya bergaduh akan meninggalkan rumahnya yang penuh dengan permusuhan dan menjadikan rakan-rakan sebaya sebagai tempat menghabisan masa ketika waktu lapang.

Menarik: Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Bhg 1)

Menarik: Makna Pendidikan Seks Menurut Islam

Tulis beliau lagi, sekiranya rakan jahat yang dipilih, natijahnya mereka membesar dalam persekitaran yang tidak sihat. Akibatnya, eruntuhan akhlak berlaku, jenayah menjadi kebiasaan mereka yang akhirnya menjadi duri dalam daging kepada negara.

Keharmonian rumah tangga dimulai dari memilih pasangan hidup lagi. Sebab itu kita diajar untuk memilih pasangan hidup yang pandai agama dan baik budi pekerti serta orang yang taat kepada kedua orang tuanya.