Artikel
PTS Litera Anjur Wacana Azizi Haji Abdullah
oleh Roziyah pada 20 Oct 2011
PTS Litera Utama Sdn Bhd dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah akan menganjurkan Wacana Azizi Haji Abdullah yang akan membicarakan Allahyarham Azizi Hj Abdullah sebagai pendidik dab sasterawan berjiwa rakyat.
Selain itu, PTS Litera Utama juga membawakan pelancaran Novel terakhir Azizi Hj Ali yang bertajuk Mandala Dunia Kedua khas sempena dengan wacana yang dianjurkan ini.
Turut diadakan taklimat penulisan buku PTS oleh ketua unit PTS Litera Utama, Tuan Rohidzir Rais dan editor-editor PTS Litera Utama sdn bhd.
Sertai PTS dalam wacana Azizi Hj Ali yang julung-julung kali diadakan ini di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah pada 23 Oktober 2011 ini.