Artikel

Gerai PTS Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa KL 2005

oleh Helmi pada 05 May 2005

Pesta tahun ini menyaksikan lebih 200 penyertaan dari pelbagai syarikat buku samada dari dalam mahu pun luar negara dengan lebih 500 gerai pameran. Antara negara luar yang turut menyertai pameran ini adalah dari Mesir, Lubnan, England, Amerika, China, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan New Zealand.

Turut tidak ketinggalan menyertai pameran dalam acara yang diadakan setiap tahun ini ialah Kumpulan Syarikat PTS. Ini adalah tahun ke tiga PTS menyertai pesta buku sejak mula beroperasi lima tahun duhulu. PTS menyewa 3 gerai pameran berbanding 2 gerai pada tahun lepas dan satu gerai pada tahun sebelumnya.

Pameran kali ni juga lebih meriah untuk PTS kerana lebih 200 judul buku di jual, termasuk yang baru terbit terus dibawa dari kilang percetakan. Gerai PTS yang terletak di bahagian tepi ruang pameran di dewan Tun Razak, PWTC ini juga memeberi banyak kelebihan untuk mempamerkan pelbagai judul terbitan PTS dan buku-buku yang di edarkan oleh PTS seperti dari Institut Terjemahan Negara, Pustaka Mizan Indonesia, KUSZA, Majalah Pendidik dan beberapa penerbit lain.

Beberapa pakej jualan tawaran istimewa seperti 3 buku dengan harga RM10 dan beli 2 percuma 3 adalah antara pakej yang mendapat sambutan hangat. Belum sampai hari ke empat sudah banyak judul dalam pakej tersebut yang habis. Buku-buku terbitan Pustaka Mizan juga tidak kurang hebat sambutanya sehinggakan ketika masih dalam kotak sudah ada yang membelinya. Banyak judul-judul buku dari Indonesia yang habis dijual sebelum sempat pesta buku berakhir.

Selain dari jualan buku, gerai PTS juga mengadakan aktiviti sampingan sepeti bertemu penulis, pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, sesi bercerita dan klinik Penulisan.

Sesi penulis yang diadakan adalah bersama tim Remaja-Aktif iaitu Penulis buku-buku Resepi Kejayaan; Ahmad Fadzli Yusof, Ahmad Naim Jaafar, Abd Razak Mutalib dan Penulis buku-buku pengurusan pejabat: Samsudin Wahab dari UiTM Terengganu. Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga turut hadir sempena terbitnya set buku-buku terbaru beliau.

Dato Fadzilah Kamsah diserbu oleh peminat-peminat yang membeli buku-buku beliau untuk mendapatkan autograf dan bergambar. Buku beliau karangan bersama saudara Naim Jaafar: ‘Tip-tip menjadi individu menarik’ terbitan PTS Mellenia Sdn Bhd adalah antara buku yang “meletup” sepanjang pesta buku. Lebih 100 judul habis dijual dalam tempoh 3 hari.

Bagi kanak-kanak yang datang ke pesta buku, mereka berkesempatan untuk meneyertai aktiviti yang disediakan oleh tim dari PTS One Sdn Bhd. Aktiviti pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak mendapat sambutan yang menggalakan dari ibu bapa yang datang membawa anak-anak mereka. Sebelum uacara penyampaian hadiah, peserta di hidangkan dengan sessi bercerita oleh penulis buku cerita kanak-kanak iaitu Pak Rejab atau lebih dikenali dengan nama Rejab F.I. Beliau yang datang dari Perlis untuk sessi ini meluangkan masa selama 30 minit untuk bercerita.

Sepanjang Pesta Buku ini para ‘doktor’ yang mengendalikan Klinik Penulisan juga tidak menang tangan melayani deretan pengunjung yang ingin menjadi penulis. Mereka diberikan ‘rawatan’ panduan, bimbingan dan konsultasi menulis. Klinik ini dikendalikan oleh ‘doktor pakar’ penulisan iaitu Pn Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS dan dibantu oleh Fauzul Naim, pengurus PTS Mellenia Sdn Bhd dan Nazrul Samsudin, pengurus PTS Professional Sdn Bhd.

Sepanjang pesta buku ini, buku-buku dijual dengna potongan 15%. Beberapa judul buku telah habis dijual sehingga ke stok terakhir di stor PTS. Bagi para guru, rak buku PTS Professional Sdn Bhd yang menawarkan set buku untuk guru dan sekolah berjaya menggoda mata mereka untuk memilikinya.

Gerai PTS juga mendapat kunjungan beberapa tetamu seperti Pak Ali Muakhir (Pengurus Dar Mizan) dan rombonganya dari Pustaka Mizan Indonesia, TM Sharom (Ahli buku) dari UiTM, Ann Wan Seng (Penulis & Pendakwah) dari PERKIM, En Ramji dari MPH, Cik Azrina dari Popular Bookstore, pegawai dan pengurusan kanan Karangkraf, Dato Hassan Ahmad dari Karyawan, dan lain-lain lagi. Beberapa penulis PTS yang lain turut memeriahkan gerai PTS adalah Mej Mohammad Kayum, En Jeniri Amir, Ahmad Yadi, Ashadi Zain, Raihanah Abdullah, Dr Danial Zainal ABidin, En Mohd Nazif, Ust Arief Salleh dan lain-lain lagi.

Buat ahli keluarga PTS yang telah berkorban masa dan tenaga mengendalikan gerai PTS sepanjang masa dari jam 10pg hingga 9mlm, Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2005 ini mencatatkan pelbagai kenangan manis dan menggembiran. Walaupun penat bediri sepanjang hari dan melayani pelbagai karenah pengunjung, senyuman di bibir mereka tidak pernah lekang. Semoga PBAKL 2006 akan lebih ‘bergegar’ dengan sorakan dan persembahan dari Kumpulan PTS.

Kumpulan Syarikat PTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menjadikan pesta buku antarabangsa KL 2005 ini cukup meriah buat PTS seperti penulis-penulis yang hadir, tetamu-tetamu istimewa, seluruh ahli keluarga PTS dan para pengunjung yang memeberikan sokongan kepada PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024