Artikel
Pemenang Mengulas Buku PTS Minggu Kedua
oleh Roziyah pada 13 Jul 2010
Pihak pengurusan PTS telah memilih pemenang bagi Peraduan Mengulas Buku PTS untuk minggu kedua.
Pemenang Kategori Novel Dewasa
Pemenang pertama : Hazlina Ismail - Punya Cinta Ramadan (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua : Norfarahin Athirah Binti Abdul Rahim - Wasilah Cinta Weera (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga : Nurul Aini - Maryamah Karpor (hadiah buku PTS bernilai RM30 )
Pemenang Kategori Novel Remaja dan Kanak-kanak
Pemenang Pertama : Salma Malihah binti Mohammad - Usahawan Cilik: Aisyah dan Roti Canai (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang Kedua : Nisa Haryanti Nek Man - Sherlock Holmes- Wira Kota London (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga : Farah Shameela - My Secret (hadiah buku bernilai RM30)
Pemenang Kategori Bukan Fiksyen
Pemenang pertama : Lathifah Ulfa BT Ismail - 55 Petua Seronok Bekerja (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua : Mohd Rasydan Fitri Bin Mohd Baharin - Fikah Luar Negara (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga : Tiada Pemenang
Bagi Kategori komik tiada pemenang kerana tiada penyertaan buat masa ini.
Pihak PTS akan menghubungi pemenang melalui email. Setiap pemenang boleh memilih judul buku berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi.
Kos penghantaran hadiah akan ditanggung oleh pihak PTS. Hadiah mingguan akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu. Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.
Sebelum ini, pihak PTS telah menerima banyak ulasan yang kurang daripada 100 patah perkataan. Untuk maklumat peserta pihak PTS tidak akan menerima ulasan kurang daripada 100 patah perkataan.
Selain itu, PTS juga tidak akan menerima ulasan yang berbentuk sinopsis yang disalin terus daripada blurp di kulit belakang buku ataupun daripada bahagian pendahuluan buku. Peserta boleh memberikan ulasan, pendapat peribadi atau kritikan mengenai buku yang telah dipilih.
PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.