Artikel

Ramah Mesra Bersama Pak Latip, Al Ghazali dan Zaini Rejab

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

PBAKL 2013 kali ini akan bertambah menarik apabila PTS akan membawakan khas untuk peminat semua tiga orang penulis novel sejarah hebat di Malaysia, salah seorang darinya ialah Pak Latip. Beliau merupakan seorang penulis yang kreatif dan bijak dalam mengolah ayat supaya pembaca tidak bosan dengan hasil tulisannya.

Turut mengiringi Pak Latip pada hari berkenaan ialah Al Ghazali dan juga seorang lagi penulis, Zaini Rejab. Aktiviti yang dinamakan sebagai Ramah Mesra bersama Pak Latip, Al Ghazali dan Zaini Rejab @ Arena Buku PTS ini  akan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang pada hari ke-empat PBAKL 2013 bersamaan dengan hari selasa, 30 April.

Pak Latip akan mengulas dua buah bukunya yang bertajuk Hassan Al Banna  dan Perang Jementah. Sementara Al Ghazali pula akan membincangkan buku beliau yang bertajuk Amru Al-As. Ini diikuti dengan saudara Zaini Rejab yang akan mengupas buku beliau yang bertajuk Perang Israel 1973 (Operasi Bandar). Aktiviti ini akan dipengerusikan oleh saudara Baharuddin Bekri.

Kepada peminat yang ingin mendengar dan berminat untuk membeli hasil garapan penulis-penulis hebat ini bolehlah hadir ke PWTC nanti ya! Pasti menarik kan?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025