Artikel

Idea Mampu Hasilkan Nilai Komersial yang Tinggi

oleh Roziyah pada 07 Oct 2010

Bagi Pengurus Penerbitan PTS Milennia, Tuan Ikram Wazir, penulis juga mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan hasil daripada karya mampu diterjemahkan dan diadaptasi menggunakan perubahan media yang semakin berkembang.

Beliau dalam Ceramah Profesional yang bertajuk 'Nilai Komersil dalam Karya dan Potensi Menerbitkan Buku' menjelaskan karya yang dihasilkan tidak akan mati walau penciptanya sudah tiada lagi.

"Walaupun penulis meninggal dunia, karyanya masih boleh diterbitkan dan diadaptasi ke dalam pelbagai bentuk seperti filem, permainan video dan sebagainya. Anak cucu juga turut menrasai pendapatan hasil daripada karya yang dihasilkan walau penciptanya sudah tiada," jelas Tuan Ikram lagi.

Tuan Ikram menjelaskan kepada mahasiswa yang hadir dalam program tersebut bahawa penulis juga mampu dijadikan sebagai kerjaya yang menghasilkan pulangan yang hebat dan lumayan.

Melalui program yang dianjurkan oleh mahasiswa Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UITM ini mampu membuka mata mahasiswa mengenaui peluang kerjaya dalam bidang penerbitan dan penulisan.

Mahasiswa serta pensyarah yang hadir juga tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan berkaitan dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia.

Tuan Ikram dalam program tersebut menjelaskan idea yang dimiliki oleh individu harus diterjemahkan menjadi realiti kerana melalui idea tersebut mampu memberikan nilai yang besar kepada pencipta idea.

"Penulis atau pencipta idea juga harus tahu hak terhadap idea yang dihasilkan agar idea yang berjaya mampu memberikan pulangan jangka masa panjang kepada si pencipta idea." jelas beliau lanjut.

Program yang diadakan di UITM itu turur menjemput editor-editor daripada PTS Fortuna Sdn. Bhd. Lebih menarik apabila Pengarah filem Karipap-Karipap Cinta, Tuan Othman Hafsham sudi melapangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Program ini menjadi landasan kuat bagi mempertemukan penerbit dengan penulis-penulis baru yang mungkin selama ini tidak sedar peluang yang terbuka luas dalam dunia penerbitan dan penulisan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025