Artikel

Pertemuan PTS dan Mahasiswa Mampu Lahirkan Lebih Ramai Penulis Baru

oleh Roziyah pada 07 Oct 2010

Program PTS Fortuna Sdn. Bhd bersama mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menjadi medan bernilai bagi mahasiswa dan pensyarah yang berminat menceburkan diri dalam bidang penerbitan dan penulisan di Malaysia.

Program anjuran mahasiswa UiTM ini menjadi cara terbaik mahasiswa mendekatkan diri dengan mahasiswa agar bakat mahasiswa dapat diterjemahkan menjadi karya yang mampu menjana pendapatan kepada mereka.

Program yang bertajuk 'Nilai Komersil Dalam Karya dan Potensi Menerbitkan Buku' hari ini membuka mata pelajar terhadap kerjaya dalam dunia penerbitan dan penulisan.

Menjadi kelaziman apabila pelajar pergi sendiri ke syarikat penerbitan bagi melihat suasana dan peluang dalam bidang penerbitan. Namun dengan kerjasama antara PTS Fortuna dan mahasiswa ini lebih mendekatkan mahasiswa tentang dunia penerbitan yang terbuka luas.

Lebih menarik apabila mahasiswa diberi penerangan yang jelas oleh Pengurus Penerbitan PTS Millenia, Tuan Ikram Wazir mengenai bidang penulisan yang sebenarnya.

Program yang dianjurkan oleh Mahasiswa Sarjana Muda, Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ini perlu diteruskan agar mahasiswa lebih dekat dengan penerbit dan mampu melahirkan penulis dan pengkarya yang berilmu dan berkualiti tinggi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025