Artikel
Iklan Kempen Baca@Ramadan di RTM1
oleh Roziyah pada 12 Aug 2010
Iklan kempen Baca@Ramadan PTS telah disiarkan di RTM TV1 bermula hari pertama Ramadan.
Iklan kempen Baca@Ramadan yang memaparkan buku-buku bagi Baca@Ramadan ini akan disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan.
Iklan kempen ini akan muncul beberapa minit sebelum azan Magrib disiarkan.
Saksikan iklan kempen ini di TV1 setiap hari sepanjang bulan ramadan bagi mendapatkan informasi berguna mengenai buku-buku kempen Baca@Ramadan yang mampu dijadikan santapan rohani dan menambahkan pahala tuan dan puan di bulan puasa ini.