Artikel
Kempen Baca@Ramadan: Pekedai Buku Bookworm Teruja
oleh Roziyah pada 12 Aug 2010
Kedai-kedai yang terlibat dalam kempen Baca@Ramadan teruja dengan promosi yang disediakan oleh PTS. Ini termasuklah kedai buku Bookworm, Bukit Beruntung, Rawang.
Menurut Pembantu Pengurus kedai buku Bookworm, Tuan Fuad Ravi, melalui bahan promosi yang disediakan ini telah meningkatkan lagi jualan kedai selain mampu memberi kemeriahan di bulan Ramadan.
"Kita di kedai juga bersemangat dan membuka meja dan memberi ruang khas kepada buku-buku PTS sempena bulan Ramadan ini. Selain dapat memeriahkan suasana, promosi ini juga dapat memberi maklumat kepada pelanggan buku mana yang harus dipilih," jelas Tuan Fuad.
Tuan Fuad juga berharap yang bahan promosi dan kempen seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
"Kita rasa lebih seronok kerana dengan adanya bahan ini, jualan di kedai juga meningkat. Buku-buku promosi Baca@Ramadan juga laku dan ada yang habis sebelum Ramadan lagi. Kita juga berharap yang bahan-bahan promosi ini disediakan lebih banyak lagi di masa akan datang," jelas Tuan Fuad lagi.
Kedai buku Bookworm merupakan antara 70 kedai yang terlibat dengan kempen Baca@Ramadan sempena bulan puasa ini.