Artikel

Infaq Ramadan Galak Basmi Kemiskinan

oleh [email protected] pada 09 Sep 2009

Infaq Ramadan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) memperuntukkan hampir RM3,000 bagi membantu rumah anak yatim, rumah orang tua, golongan orang kurang upaya dan miskin termasuk bukan Islam sejak dianjurkan pada 2008. Dalam tempoh itu juga, pelbagai pihak mendapat hak mereka dan PTS berbesar hati melaksanakan tanggungjawab sosial korporat itu.

Tahun ini, kelab sukan PTS yang terdiri daripada kumpulan Win Win, CG, BOOM, dan CAKCIBO memulakan misi masing masing dengan memilih pelbagai program bagi berbakti kepada masyarakat. Masing-masing giat merancang program dan mendapatkan tajaan tambahan.

Antara rumah kebajikan dan perlindungan yang terpilih tahun ini adalah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor. Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Rumah Fakir dan Miskin sekitar Gombak dan rumah anak yatim.

Program itu memberi peluang kepada syarikat korporat atau organisasi perniagaan memaparkan kegiatan kebajikan mereka kepada golongan memerlukan bantuan dan pembelaan.
Khalayak boleh memberi sumbangan melalui belian diskaun buku-buku yang dipromosi sempena Marhaban ya Ramadan di kedai buku online PTS, www.bookcafe.com.my ataupun hantar emel ke [email protected].

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025