Artikel

Industri Buku Lebih Meriah Dengan Baucar Buku Semarak Membaca

oleh Farah Liana Nordin pada 18 Apr 2022

Program Baucar Buku Semarak Membaca 2022 diteruskan lagi bagi tahun kedua selepas kali pertama dilancarkan pada tahun lalu. Program ini merupakan sebuah program di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan rakan-rakan industri buku Malaysia, termasuk stor eBuku e-Sentral.com.

Baucar Buku Semarak Membaca 2022 bernilai RM10 setiap satu untuk perbelanjaan minimum RM20 dalam satu resit transaksi boleh ditebus bermula 1 April 2022 hingga 31 Ogos 2022 di 371 kedai buku terpilih yang terdiri daripada:

1. 170 kedai buku fizikal,

2. 200 kedai buku e-dagang menerusi aplikasi Shopee, dan

3. 1 buah kedai e-buku dalam talian portal e-Sentral.

Pemberian Baucar Buku Semarak Membaca 2022 ini membolehkan pembaca menikmati potongan diskaun bagi buku pilihan sekaligus merancakkan pembelian buku selari dengan objektif Baucar Buku Semarak Budaya Membaca ini dilancarkan iaitu memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.

Semoga inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia ini dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti dan menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Semak senarai kedai buku di sini: https://semarakmembaca.com/


Di mana anda boleh menebus Baucar Buku Semarak Membaca 2022 ini dengan pembelian buku-buku PTS?1. secara atas talian melalui platform Shopee: Buku PTS, atau

2. mana-mana kedai buku berhampiran anda yang menjual buku terbitan PTS, atau

3. e-buku di platform e-Sentral. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui platform Apple App Store dan Google Play Store.

Senarai ebook PTS: https://pts.com.my/katalog-ebook

Muat turun aplikasi e-Sentral:

Apple Appstore: https://apps.apple.com/my/app/e-sentral/id464707103

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.reader

Web : www.e-sentral.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024