Artikel

Sambut Ramadan & Raya Bersama PTS

oleh Farah Liana Nordin pada 15 Mar 2022

“Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia.” (Imam Ghazali)

Bulan yang dinanti bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan keberkatan penuh dengan rahmat dan keampunan. Allah SWT menggandakan amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Syawal, bulan kedamaian penuh dengan kesyukuran. Meraikan kemenangan dengan penuh kesederhanaan.

Sudah bersediakah kita menghadapinya? Apakah pula persediaan kita untuk menghadapinya? Jangan kata biasa-biasa saja bilamana kita boleh menambah baik ilmu dan amal kita.

Ramadan ialah madrasah dalam membentuk sahsiah terpuji dalam diri dan mendidik jiwa setiap insan. Menghayati sifat sabar dan syukur dalam kehidupan. Meningkatkan kualiti amal dan ibadah. Syawal menjadi lambang kembali kepada fitrah atau keadaan asal yang suci, bersih dan terpelihara daripada segala dosa.

Bersempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, PTS membawakan promosi Ramadan & Raya Bersama PTS dengan menampilkan penulis-penulis hebat tanah air dan luar negara seperti Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Ahmad Saifuddin Yusof, Ustazah Asma’ Harun, Dwi Suwiknyo dan ramai lagi.

Buku-buku yang diterbitkan merangkumi kategori Hijrah, Akidah, Sunnah, Al-Quran dan Ibadah. Istimewanya lagi, setiap pembelian buku RM50 akan mendapat satu set sampul duit raya secara percuma. Terhad satu set untuk setiap pembeli.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi buku-buku yang dapat membangkitkan semangat dan jiwa bersama set sampul duit raya percuma ini bermula 15 Mac sehingga 30 April 2022 di kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, Hasani, dan lain-lain.

Pembaca juga boleh mendapatkan buku-buku ini dengan pembelian secara dalam talian melalui bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Semoga dengan bacaan ini dapat membantu kita dalam menghayati makna sebenar Ramadan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024