Artikel
Infotainmen tidak ikut suku kata bahasa Melayu
oleh Helmi pada 19 Aug 2004
COGANKATA ‘Saluran Infortainmen Anda’ oleh RTM menambah keresahan segelintir rakyat dan golongan pencinta bahasa. Media yang tradisi membela rakyat seharusnya peka kehendak rakyat baik memberi hiburan mahupun mengekalkan keharmonian.
Pembinaan kata dalam sesuatu bahasa juga mengikut peraturan dan prinsip yang sama pembinaan akidah agama dan negara berdasarkan rukun dan formula tertentu sesuatu bahasa atau negara.
Konstituen kata ‘infotainmen’ adalah gabungan kata ‘information’ (maklumat) dan entertainment (hiburan) yang terpenggal ‘info + tainmen’ atau infortainment yakni gabungan suku kata pertama ‘in’ kedua ‘for’, ketiga ‘ta’, keempat ‘in’ dan kelima ‘men’ yang tidak wujud antara 35 bunyi pembinaan kata dalam bahasa Melayu yang terdiri enam bunyi vokal, tiga bunyi diftong dan 26 bunyi konsonan.
Sementara lambang bunyi diftong Melayu /ai, au dan oi/ serta gabungan bunyi konsonan /gh, kh, ng, ny dan sy/.
Kata dalam bahasa Melayu dibina dengan gabungan satuan bunyi yang dikenal dengan panggilan suku kata. Suku kata bahasa Melayu sebanyak 11 pola yang dinamis hingga kompleks dan 18 pola keselarasan vokal telah dikesan untuk kata bahasa Melayu jati.
Pembinaannya pula terhasil daripada gabungan bunyi konsonan dan vokal dengan terarah bunyi vokal V (a) + KV (ku), KV (bu) + KVK (kan), KVK (pan) + KVK (dai).
Namun, kekecualian ejaan daripada bahasa serumpun (Jawa-perabot) mengikut keselarasan vokal bahasa itu diserap masuk. Penyerapan masuk kata asing ke dalam bahasa Melayu selari dengan perkembangan sejarah, umpamanya sanskerta (syurga), Tamil (kedai), Hindi (cukai), Belanda (kaus), Jepun (sake), Cina (taufu), Arab/Parsi (dakwah/sabun), Portugis (sekolah), Inggeris (teknologi) dan bahasa serumpun iaitu Jawa (calon), Iban (merarau), Dusun (sikut), Minangkabau (lebuh) dan lain-lain.
Pembinaan kata ‘infortainmen’ menjadi kontroversi kerana pengkelasan dan pengkategorian perkataan harus meneliti ciri frasa dan kontekstual yang harus melalui peringkat rumus dasar perkataan dan rumus morfofonemik. Cukuplah itu yang mendasari tulisan ini.
Sewajarnya rasmi padi semakin tunduk semakin berisi dan anjing menyalak bukit takkan runtuh, tetapi gunung berapi yang meletup kerana ledakan lahar dalam daik dan sil. Itulah resam percubaan minda yang jauh kebenaran dalam ilmu Allah.
ANJUNG MUNSYI, Kota Bharu, Kelantan.
———-
Artikel penuh boleh didapati dari :
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Rencana/20040819091829/Article/