Artikel

Seminggu Penuh Berilmu dan Perbincangan

oleh Helmi pada 17 Aug 2004

Alhamdulillah sudah selesai lawatan kerja ke Pantai Timur. Lawatan ini memberikan seribu satu kepuasan dan kegembiraan kepada saya.

Perjumpaan dan perbincangan yang dibuat di sana menggambarkan bahawa di pantai timur tidak kurangnya karyawan yang berkarya. Tahniah diucapkan kepada para penganjur bengkel di sana, terutamanya kepada kumpulan En.Jamaludin dan En. Wan Mohd Nazif yang berjaya menganjurkan suatu bengkel yang memberikan impak baik kepada komuniti UiTM Dungun. Selepas bengkel tersebut, beberapa orang pensyarah sudah menghubungi saya dan memberikan komitmen untuk menghasilkan buku. Alhamdulillah.

Bengkel JIM Terengganu dan JIM Kelantan juga tidak kurang hebatnya, masing-masing mempunyai kumpulan pengarang berkaliber yang tersendiri. Kebanyakan ahli yang hadir di sana adalah di kalangan jurutera, doktor, pakar perubatan, guru dan juga tidak ketinggalan golongan remaja. Kesemuanya mempunyai perjuangan yang jelas iaitu menyebarkan dakwah islamiyyah. Alhamdulillah.

Diharapkan tahun hadapan sasaran PTS bagi menerbitkan sekurang-kurangnya 250 buku menjadi kenyataan. Insya’Allah. Tahniah sekali kepada semua.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025