Artikel

Istikharah Cinta @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 06 Apr 2012

Siri inspirasi wanita terbitan PTS Millenia ini banyak mengupas erti cinta yang sebenar. Selain untuk mencapai dan mendapat keredaan Allah, setiap individu perlu mengetahui maksud erti cinta sebenar berlandaskan syariat Islam.

Memang fitrah, setiap manusia memerlukan cinta dan dicintai. Namun, ia hendaklah dipandu ke arah landasan yang mahmudah.

Penulis sedikit sebanyak mengajak pembaca bagi memupuk suasana mahupun persekitaran yang ‘harmoni’ ketika berada di dalam alam percintaan. Selain berkasih sayang sesama insan, penulis juga menyelitkan beberapa kisah untuk dijadikan teladan kepada generasi masa kini agar menilai erti makna cinta itu dengan konteks yang meluas.

Penulis juga cuba menggambarkan betapa manisnya cinta jika di sulami dengan pemikiran matang dan waras tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir ataupun gangguan yang tidak beretika. Perasaan sayang yang melampau terhadap pasangan yang bukan muhrim juga dilihat menjadi punca awal seseorang itu akan hanyut dalam dunia ciptaanya sendiri.

Buku Istikharah Cinta ini dilihat mampu membuka ‘pemikiran’ pembaca selain memandu mereka ke arah mencari erti cinta yang hakiki. Sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat, buku ini juga di sertakan dengan maksud ayat Al-Quran dan hadis dalam menjelaskan lagi tentang kebahagian yang di cari.

Untuk maklumat lanjut, klik imej buku di bawah. Dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024