Artikel
Jadikan Hidup Lebih Sihat Melalui Panduan Pemakanan Sihat
oleh Roziyah pada 13 Aug 2010
Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan, melalui makanan yang sihat dan berkhasiat, mampu memberikan keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
Buku Panduan Pemakanan Sihat terbitan PTS profesional ini menjadi panduan bernilai bagi mengamalkan diet seimbang agar kekal sihat.
Menurut editor perolehan PTS Profesional, Tuan Mohd Yusry Yusopp, buku hidup sihat ini istimewa kerana ia menghuraikan makanan yang berkhasiat dan sihat serta makanan yang mendatangkan mudarat kepada individu.
"Buku ini juga memberi maklumat bagaimana sistem tubuh berfungsi. Selain itu, huraian cara menggunakan piramid makanan serta cara mengira kilo kalori," jelas Tuan Yusry.
Buku yang ditulis oleh 3 pensyarah iaitu Tuan Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, dan Nor Hashina Bahrudin dari politeknik Johor Bahru ini mengupas kesan kepada kesihatan dalam pengambilan kumpulan makanan secara kurang ataupun berlebihan.
"Makin makan makin sihat. kita ada dua pilihan dalam hidup samada makan secara sihat dan menjadi sihat atau makan keterlaluan dan menjadi 'sihat'," jelas Tuan Yusri menerangkan lanjut mengenai buku ini.
Lebih menarik buku ini juga menerangkan pemakanan yang sihat buat bayi agar bayi lebih sihat melalui pemakanan yang betul.
"Buku ini sesuai dan baik bagi semua golongan. Bahasanya juga tidak terlalu ilmiah dan boleh difamahi oleh semua golongan masyarakat," jelas Tuan Yusry lanjut.
Buku Panduan Pemakanan Sihat ini mampu membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang sihat kerana pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan kita.