Artikel
Jom Berkunjung ke PTS Bookcafe
oleh Roziyah pada 08 Sep 2011
Berita baik kepada peminat-peminat buku terbitan PTS, Bookcafe membuka peluang kepada pihak sekolah yang ingin berkunjung ke ruang pameran PTS Bookcafe.
Pihak PTS Bookcafe mengalukan kedatangan rombongan sekolah yang ingin melawat dan mengenali PTS dengan lebih dekat. Melalui lawatan ini, pelajar dan guru sendiri akan didedahkan dengan proses penghasilan buku serta berpeluang memiliki buku-buku terkini yang sesuai dijadikan bahan bacaan buat para pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
Kepada pihak sekolah yang ingin mengadakan lawatan ke PTS boleh berhubung dengan pihak Bookcafe di No. 26, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Selain itu, tuan dan puan yang berminat juga boleh menghubungi pihak Bookcafe di talian 03-61880316 atau email ke [email protected].