Artikel
Jom Ke Hujung Minggu@PTS Esok
oleh Roziyah pada 30 Jul 2010
Jangan lepaskan peluang memeriahkan Jualan Hujung Minggu@PTS yang bakal menemui peminat buku esok.
Jualan PTS yang berlangsung selama dua hari bermula esok ini bakal memberi peluang kepada pengunjung PTS membeli buku-buku keluaran PTS dengan harga yang lebih murah.
Program hujung minggu ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/
Tuan dan Puan juga boleh menaiki perkhidmatan KTM Komuter yang telah memulakan operasinya bermula semalam. KTM Komuter memberikan perkidmatan percuma kepada penggunanya bermula dari stesen Sentul hingga Batu caves.
Klik di sini bagi http://ktmkomuter.com.my/ mendapatkan maklumat lanjut.
Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku.
Diskaun dari 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.
Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa.
Tuan dan puan juga boleh sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.
Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu@PTS yang bakal memeriahkan hujung minggu Tuan dan Puan.