Artikel

Pembukaan Stesen Baru KTM Komuter Mudahkan Peminat PTS

oleh Roziyah pada 29 Jul 2010

Pembukaan lima lagi stesen komuter baru melibatkan perjalanan dari Sentul ke Batu Caves bakal memudahkan peminat buku PTS mengunjungi ibu pejabat PTS.

Mulai hari ini, perjalanan bagi laluan Sentul diperluaskan lagi ke tiga lokasi baru iaitu di Batu Kontomen, Kampung Batu dan Taman Wahyu selain Sentul dan Batu Caves.

Pembinaan lima stesen itu bakal memudahkan pengunjung ke PTS dengan lebih mudah dan tenang.

KTM Komuter juga memberikan 7 hari perjalanan percuma kepada pengunjung KTM Komuter berikutan pembukaan stesen baru ini. Perjalanan percuma dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini hanya di antara stesen Sentul dan Batu Caves sahaja.

Waktu perjalanan dari Sentul-Batu Caves dengan jarak 7.5 kilometer hanya mengambil masa 15 minit berbanding 30 minit sebelum ini.

Harga RM1 dikenakan kepada semua penumpang dewasa dan RM0.50 bagi penumpang kanak-kanak melalui perjalan dari KL Sentral hingga Sentul.

Pengunjung kemudiannya boleh menggunakan kenderaan awam bagi ke Ibu Pejabat PTS, Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Meriahkan Hujung Minggu@PTS pada 31 Julai dan 1 Ogos dengan pembukaan stesen terbaru ini.

 

Meriahkan Hujung Minggu@PTS pada 31 Julai dan 1 Ogos dengan pembukaan stesen terbaru ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025