Artikel

Jom Ke Pesta Buku MPH

oleh Roziyah pada 17 Jun 2010

Berita baik untuk peminat buku semperna cuti sekolah ini apabila MPH Bookstore Sdn. Bhd menganjurkan Pesta Buku MPH SACC Mall, Shah Alam. 

Bertemakan ‘Enricment Beyond Knoledge’ pesta buku ini menemukan penerbit, penulis dan peminat buku.

Pesta MPH ini bermula dari 5 hingga 20 Jun ini dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang. 

PTS juga turut mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah bertemu dengan chef dan penulis buku Hidangan Terbaik Dunia: Brunei, Hidangan Mudah, Cepat, Enak Bersahur,Hidangan Mudah Cepat, Enak Berbuka Puasa bersama Chef Arm.

Beliau akan menunjukkan langkah-langkah memasak cara mudah untuk anda di ruang legar SACC Mall, Shah Alam.

Selain itu, PTS Fortuna juga akan mengadakan pelbagai program termasuklah kuiz, pertandingan mewarna PTS dan mencari pelakon untuk filem Karipap-karipap cinta yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. 

Pelbagai hadiah disediakan bagi pengunjung yang bertuah.

Semua peminat buku dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024